Gara-gara bimbang menghina orang, Rosnah Mat Aris nyaris-nyaris tidak mahu menerima watak yang diberikan kepadanya dalam filem arahan Prof. Madya A.Razak Mohaideen. Ini kerana Rosnah atau lebih mesra dipanggil Kak Ros dikehendaki menjadi andartu yang masih suci bernama Suriati dan bersuara sengau!
Menurut Kak Ros ketika sidang media selepas pra-tonton "4 Madu" yang diadakan di Cathay, e@Curve baru-baru ini, "Saya bimbang apabila mula-mula ditawarkan. Iyalah, bukan mudah sebenarnya untuk membawa watak ini kerana takut jika tersilap, boleh dikatakan menghina pula!
Namun setelah meneliti watak tersebut dan berfikir masak-masak, Kak Ros akhirnya sanggup menerima tawaran menjadi 'isteri pertama' kepada Saiful Apek. Walaubagaimanapun Kak Ros memberitahu membawa watak ini memerlukan kesabaran cukup tinggi kerana ia memang sukar dimainkan.

Rosnah Mat Aris
"Memang susah bawa watak ini! Kak Ros selalu sakit dada selepas dikehendaki bersuara sengau. Namun atas dasar kerja, Kak Ros kena banyak bersabar dan teruskan sahaja," akhirinya.
Saksikan "4 Madu" di pawagam Aidilfitri ini!