
Kalau korang ada perancangan nak tengok wayang, mesti korang nak beli tiket dengan senang kan? Nak skip dari kena beratur panjang di kaunter penjual tiket di panggung wayang dan macam-macam karenah pengunjung lain yang korang nak kena hadapkan kan? Kadang-kadang itu sampai sudah hilang mood untuk pergi menonton wayang bukan?
Hilangkan segala masalah ini jika anda pergi menonton wayang di Big Cinemas! Buat pertama kalinya di Malaysia, pengunjung panggung wayang boleh membeli tiket untuk menonton filem dengan tidak perlu beratur panjang di kaunter penjualan tiket, dengan adanya kemudahan Print@Home. Dengan hanya melayari laman web rasmi Big Cinema Lotus Five Star (BCLFS), anda boleh mencetak tiket wayang anda sendiri di rumah dengan mengikuti beberapa langkah mudah.

Setelah selesai membuat transaksi, anda akan dibawa ke bahagian
pengesahan untuk membolehkan anda mencetak tiket anda sendiri!
Berlainan dengan gaya penempahan tiket di panggung wayang yang lain dimana anda masih lagi perlu membawa nombor tempahan anda ke kaunter penjualan tiket untuk menebus tiket sebenar, aplikasi ini membolehkan anda untuk terus melalui pintu masuk pawagam dengan tiket yang dicetak oleh anda dan ianya akan diimbas oleh pengimbas kod bar di pintu masuk pawagam pada hari tayangan yang anda pilih.

Jangan lupa membawa tiket yang dicetak oleh anda untuk
diimbas di pintu masuk pawagam!
Zaman teknologi masa kini telah menyenangkan hidup kita semua dan dengan adanya aplikasi Print@Home ini yang cukup mudah, menjimatkan masa dan amat selesa buat pengunjung panggung wayang.


