
Menangi Album "Jom Balik Kampung...Raya"!
Rasanya setiap kali menjelang Hari Raya Aidil Fitri tidak akan rasa lengkap kan jika kita tidak mendengar lagu-lagu hari raya? Terutamanya lagu-lagu klasik seperti "Satu Hari Di Hari Raya" nyanyian M. Nasir, "Selamat Hari Raya" nyanyian M. Shariff dan yang paling penting sekali takbir raya. Sony Music telah mengeluarkan sebuah album raya berjudul "Jom Balik Kampung...Raya" yang memuatkan lagu-lagu seperti "Setahun Sekali" (Amy Mastura), "Pulanglah" (Aishah), "Ku Pohon Restu Ayah Bonda" (Mamat Exist) dan beberapa lagu baru seperti "Balik Kampung" nyanyian Aliff Aziz dan Alif Satar, "Kembalilah Berhari Raya" nyanyian Aishah dan banyak lagi.
Hadiah Istimewa x 10
1 x Album "Jom Balik Kampung...Raya"
1 x Sampul Duit Raya
1 x Album "Jom Balik Kampung...Raya"
1 x Sampul Duit Raya
Ingin memiliki album terbaru ini berserta sampul duit raya tajaan Sony Music? Hantarkan e-mel dengan butiran peribadi anda dan sepuluh (10) e-mel pertama yang sampai kepada kami akan menerima hadiah istimewa di atas ini!
CARA PENYERTAAN
Pembaca TUPAI hanya perlu menghantar e-mel dengan menaip ALBUMRAYA merc sebagai subjek. Lengkapkan dengan nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon dan hantarkan e-mel tersebut ke peraduan@tupai.com.my
NOTA
• Peraduan akan berakhir pada 24 Ogos 2010 jam 11.59 malam.
• Senarai nama pemenang akan disiarkan di laman web www.tupai.com.my pada 25 Ogos 2010.
• Notis pemenang hanya dibuat melalui laman web. Sila layari laman web www.tupai.com.my untuk mengetahui anda adalah pemenang peraduan ini.



