Paris Hilton ditahan lagi!

Posted by TUPAI


Nampaknya socialite Paris Hilton tidak serik-serik lagi! Hilton telah ditahan polis sekali lagi di Las Vegas, Amerika Syarikat semalam kerana memiliki kokain. Hilton dan teman lelakinya, Cy Waits telah ditahan sekitar jam 11.30 malam (waktu di Las Vegas). Waits ditahan atas kesalahan memandu di bawah pengaruh dadah atau alkohol.

Mugshot Hilton dan Waits

Ini bukan pertama kali Hilton mempunyai masalah dengan undang-undang. Berikut adalah antara yang pernah dilalui oleh Hilton:
  • 7 September 2006 - Ditahan di Los Angeles kerana dipercaya memandu dalam keadaan mabuk. Kandungan alkohol dalam dirinya ketika itu adalah .08 peratus, jumlah minimum untuk dakwaan memandu di bawah pengaruh dadah atau alkohol di California.
  • 4 Mei 2007 - Dijatuhkan hukuman penjara 45 hari kerana melanggar tempoh percubaannya.
  • 16 Mei 2007 - Hukuman penjara dikurangkan daripada 45 hari ke 23 hari kerana Hilton dikatakan berkelakuan baik.
  • 8 Jun 2007 - Hilton diarahkan kembali ke penjara selepas dibebaskan lebih awal untuk menghabiskan hukumannya di rumah.
  • 26 Jun 2007 - Hilton dibebaskan dari penjara dengan disambut oleh peminat dan paparazi.
  • Julai 2010 - Hilton ditahan di Afrika Selatan kerana memiliki ganja. Kes tersebut digugurkan kerana pihak berkuasa mengetahui bukan Hilton yang menghisap, sebaliknya temannya.
  • 27 Ogos 2010 - Terbaru ditahan di Las Vegas atas kesalahan memiliki kokain.

, | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook