Marion Caunter Nak Kahwin Disember Ini!

Posted by MisS SaKurA

Team Tupai ingin mengucapkan tahniah kepada pengacara hawt "E! News Asia" iaitu Marion Caunter yang akan menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi. Marion Caunter, 30 tahun akan mengikatkan tali perkahwinan dengan kekasihnya pengerusi eksekutif merangkap pegawai eksekutif kumpulan Naza iaitu SM Nasaruddin, 27 tahun.

Setakat ini, Caunter hanya mendedahkan yang mereka akan berkahwin pada bulan Disember 2010 ini. Walau bagaimanapun, mereka masih lagi belum dapat memaklumkan tarikh pernikahannya dan ingin menunggu masa yang sesuai untuk mengumumkannya. Hubungan cinta yang terjalin selama lima tahun itu membuatkan Caunter cukup bersedia untuk memeluk agama Islam. Dengar cerita, Caunter akan memeluk agama Islam sebelum dia melangsungkan perkahwinannya dengan Nasaruddin.

MisS SaKurA mengidam sangat nak makan nasi minyak :P

, , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook