Korean Pop Night Concert 2010 @ Singapura

Posted by MisS SaKurA

Buat semua peminat dan kipas susah mati KPop, jangan ketinggalan untuk berada di Singapura pada bulan Oktober 2010. Korean Pop Night Concert 2010 akan diadakan pada hari Sabtu, 23 Oktober 2010. Setakat ini, kami masih lagi belum menerima apa-apa butiran lengkap selain tarikhnya. Terdapat 6 kumpulan yang akan membuat persembahan dan antaranya adalah Big Bang, FT Island, Girls Generation, Infinite dan Shinee.

Pihak penganjur iaitu Proof Label akan mengumumkan siapakah kumpulan yang ke-6 yang akan menyertai konsert yang gilang gemilang ini nanti. So, korang rasa-rasa siapa ek? Adakah Super Junior akan menyertai mereka walaupun mereka sudahpun mengesahkan konsert mereka di Malaysia pada Mac 2011? Ataupun kumpulan 2NE1 seperti yang diharap-harapkan oleh peminat mereka di laman sosial Facebook pihak penganjur? Mungkinkah Beast ataupun 4 Minute? Sama-samalah kita nantikan lebih butiran lanjut di mana lagi kalau bukan di portal hiburan terkini anda!

Big Bang


Girls Generation

Shinee

, , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook