Semenjak Robert Pattinson menjadi pujaan ramai setelah muncul sebagai vampire melalui siri filem "Twilight", kita turut diperkenalkan dengan beberapa drama bersiri televisyen yang menampilkan lelaki-lelaki hot sebagai vampire.
Mari kita saksikan vampire mana yang menjadi pilihan anda!
TWILIGHT
ROBERT PATTINSON
Karier jejaka kacak kelahiran London, England bermula apabila membintangi filem pertamanya, "Harry Potter And The Goblet Of Fire" sebagai Cedric Diggory. Namun watak Edward Cullen untuk siri "Twilight" yang menaikkan namanya dalam bidang lakonan. Pattinson, 24, kini dikatakan sedang hangat menyulam cinta bersama co-star Kristen Stewart.




KELLAN LUTZ
Lutz merupakan co-star Pattinson dalam siri "Twilight" dengan memegang watak sebagai Emmett Cullen. Jejaka berusia 25 tahun ini pernah membintangi filem-filem seperti "Prom Night", "A Nightmare On Elm Street" dan juga drama televisyen. Lutz sedang hangat bercinta dengan bintang "90210", AnnaLynne McCord.
TRUE BLOOD
TRUE BLOOD
STEPHEN MOYER
Stephen John Emery atau lebih dikenali sebagai Stephen Moyer memegang watak sebagai Bill Compton menerusi siri HBO popular, "True Blood". Walaupun usia bakal mencecah 41 tahun pada Oktober akan datang, Moyer masih kelihatan hot, bukan? Tapi sorry ladies, he's off the market memandangkan dia baru sahaja melangsungkan perkahwinan bersama co-star Anna Paquin.
Alexander Skarsgard
Alexander Johan Hjalmar Skarsgard dikenali untuk wataknya sebagai Eric Northman dalam siri ini. Dilahirkan di Stockholm, Sweden, Skarsgard telah memulakan kariernya semenjak berusia lapan tahun lagi. Jejaka berusia 34 tahun ini pernah muncul dalam klip video "Paparazzi" nyanyian Lady Gaga. Skarsgard dikatakan sedang hangat bercinta bersama co-star "Straw Dogs" iaitu Kate Bosworth.
THE VAMPIRE DIARIES
THE VAMPIRE DIARIES
IAN SOMERHALDER
Jejaka berusia 31 tahun ini dikenali untuk wataknya sebagai Boone Carlyle dalam drama bersiri "Lost" dan Damon Salvatore melalui "The Vampire Diaries". Somerhalder pernah membintangi filem-filem seperti "National Lampoon's TV: The Movie", "Pulse", "Lost City Raiders" dan "The Tournament".
PAUL WESLEY
Paul Thomas Wasilewski atau dikenali sebagai Paul Wesley memegang watak sebagai Stefan Salvatore melalui drama bersiri "The Vampire Diaries". Dilahirkan di New Jersey, Amerika Syarikat, jejaka berusia 28 tahun ini pernah membintangi drama bersiri seperti "24", "8 Simple Rules", "American Dreams", "Smallville" dan "The O.C".














