Fimie tak boleh beraya sakan!

Posted by TUPAI

Pelakon cilik ini cukup popular dengan drama bersiri "Hikayat Putera Shazlan". Tahun 2010 bakal menyaksikan Shafimie Don atau lebih mesra dipanggil Fimie muncul dengan dua buah filem iaitu "Magika" dan "Senario Asam Garam". Bakal menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi, Fimie memberitahu TUPAI selepas pra-tonton "Senario Asam Garam" baru-baru ini bahawa Aidilfitri tahun ini tidak boleh disambut dengan meriah.

"Tahun ini agak sedih kerana saya tidak akan pulang ke kampung iaitu di Alor Star, Kedah untuk beraya kerana terpaksa mengulangkaji. Malah cuti sekolah juga agak pendek. Oleh itu terpaksalah kami beraya di Kuala Lumpur sahaja," jelas Fimie.

Pelakon berbakat ini juga menceritakan beberapa pengalaman menarik ketika beraya sebagai artis. Salah satunya adalah ketika pergi ke rumah orang untuk mengutip duit raya.


Fimie (kiri) bersama Sathiya dalam salah satu babak filem "Senario Asam Garam".

"Waktu itu saya bersama teman-teman berjalan ke rumah orang untuk mengutip duit raya. Biasalah budak-budak. Jadi tibanya kami di sebuah rumah ini, makcik tersebut memberi duit raya kepada teman-teman saya yang lain. Tiba giliran saya, makcik itu boleh beritahu saya sudah menjadi artis dan kaya. Oleh itu duit raya tidak boleh diberikan kepada saya," tambah kanak-kanak ini yang tidak pernah berani untuk bermain mercun saat menjelangnya musim perayaan.

, , , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook