ESTET Sebuah Filem 1Malaysia

Posted by MisS SaKurA

Setelah menanti hampir dua tahun oleh peminat dan pengkritik filem Malaysia, akhirnya filem arahan Mamat Khalid yang terbaru iaitu "Estet" bakal ditayangkan pada 4 November 2010 dan dijangkakan akan ditayangkan di 60 panggung di seluruh Malaysia. Naga VXS selaku penerbit akan berkolaborasi bersama Big Cinemas Lotus Five Star (BCLFS) didalam mempromosikan filem "Estet" di semua rangkaian di bawah pengurusan langsung bagi BCLFS di seluruh Malaysia.

Menurut penerbit filem "Estet" yang juga pengarah Naga VXS Sdn Bhd, Norhazifa Mohamed, usahasama yang terjalin ini merupakan satu sinergi hebat diantara dua organisasi yang saling memerlukan. Bukan itu sahaja, ianya juga sebagai salah satu usaha untuk mengetengahkan filem ini yang membawakan konsep 1Malaysia.


Untuk menjayakan filem 1Malaysia ini, BCLFS telah memperkenalkan kombo edisi khas "Estet "yang boleh didapati dengan harga RM32.90 (harga asal RM59.90) di kaunter tiket pawagam mulai 8 September 2010. Kombo ini mengandungi satu runut bunyi "Estet", satu 32oz minuman Pepsi, satu 64oz bertih jagung dan dua pas musim untuk menonton filem "Estet". Kombo ini adalah terhad, jadi dapatkanlah hanya di BCLFS jika anda peminat filem-filem Mamat Khalid!

, , , , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook