Rajnikanth Di Kuala Lumpur!

Posted by TUPAI

Pelakon filem tamil yang cukup popular iaitu Rajnikanth akan berada di Putrajaya International Convention Centre di Kuala Lumpur pada hari Sabtu ini, 31 Julai 2010 bersama dengan pengarah filem tamil terbaru "Enthiran" S. Shankar dan pelakon komedi  Vivek bagi melancarkan audio antarabangsanya didalam filem "Enthiran".

"Enthiran" dilaporkan menjadi filem termahal yang pernah dihasilkan di India dan akan ditayangkan pada 3 September 2010 di seluruh dunia. Filem ini juga akan dilakonkan oleh Aishwarya Rai disamping Rajnikanth. Rajnikanth yang pernah popular dengan filem paling laris iaitu "Sivaji The Boss" yang mana diedarkan oleh Pyramid Saimira di Malaysia tetapi sehingga kini kami masih belum mendapat berita syarikat pengedaran manakah yang akan membawa masuk filem "Enthiran" ke Malaysia dan Singapura.

Pasti ramai yang ternanti-nanti filem terbaru dari Rajnikanth ini kerana fenomena dan auranya cukup kuat untuk menggegarkan peminatnya di Malaysia!

, | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook