Kenangan Penjara Pudu Dalam Filem "Mantra"

Posted by MisS SaKurA

Sebelum Penjara Pudu dirobohkan pada bulan lalu untuk tujuan komersial di atas tapak penjara yang juga dikenali sebagai Pudu Goal, pengarah filem Azhari Zain sempat menjadikan Penjara Pudu sebagai salah satu lokasi penggambaran bagi filem terbaru terbitan MIG Production iaitu "Mantra". Team Tupai telah berkesempatan untuk menghadiri tayangan khas media yang bertempat di Cathay Cineplex, e@Curve semalam, 29 Jun 2010.


Barisan pelakon yang menjayakan filem "Mantra". Dari kiri Hasnul Rahmat, Mon Ryanti,
Ana Dahlia dan Zul Handy Black.

Seperti penggambaran-penggambaran filem seram yang lain, pastinya filem ini telah pun melalui pelbagai pengalaman yang mengerikan sewaktu ianya dibuat di dalam Penjara Pudu memandangkan penjara ini adalah penempatan bagi pesalah-pesalah seperti Botak Chin, Jimmy Chuah, Mona Fandey dan ramai lagi. Azhari Zain menceritakan pengalaman yang dilaluinya dan juga krew-krew produksi ketika penggambaran dijalankan.

"Saya ada bagi sketch pada ustaz yang akan melukis khat di dinding sel itu. Esoknya terus lesap...", pengarah filem "Mantra" Azhari Zain menceritakan pengalamannya.

"Terdapat satu babak di mana kami mendapatkan khidmat seorang ustaz untuk menghasilkan tulisan khat di dinding pintu masuk sel yang diduduki oleh Muzir (lakonan Zul Handy Black). Selepas ustaz tersebut menyiapkan tulisan khat dalam masa satu jam, kami pun memulakan penggambaran. Pada esok harinya apabila kami hendak membuat penggambaran di tempat yang sama (di mana tulisan khat itu dihasilkan), kami dapati yang tulisan khat tersebut telah hilang atau ghaib dibawah debu yang tebal melitupi dinding penjara tersebut", Azhari menceritakan salah satu pengalaman ketika menjalani penggambaran di dalam Penjara Pudu.


Salah satu babak di dalam filem "Mantra". Lihatlah tulisan khat di belakang Pak Long (Hamdan) yang dilukis menggunakan cat yang boleh ghaib itu.

Selain dari itu, mereka juga sempat melihat di sekitar Penjara Pudu sebelum ianya dirobohkan. "Sel yang paling menyeramkan adalah sel yang terakhir menempatkan banduan yang akan menjalani hukuman mati dan bukan di bilik gantung. Semasa kami berada di sel tersebut, kami boleh mendengar rintihan dan tangisan banduan-banduan yang bakal dihadapkan dengan hukuman mati dan ini adalah sangat menyeramkan", tambahnya lagi.

MisS SaKurA memang nak berikan satu tabik spring buat Zul Handy Black atas lakonan dia yang sangat berkesan dalam membawakan watak utama di dalam filem ini di samping Hasnul Rahmat, Ana Dahlia, Mon Ryanti dan ramai lagi. Bagi mereka yang belum lagi menyertai peraduan yang dianjurkan oleh Tupai untuk memenangi tiket menonton filem "Mantra", cepat hantarkan penyertaan sekarang kerana peraduan masih lagi berlangsung sehingga 15 Julai 2010 ini.

Sementara itu, jom lihat tengok pesanan dari pelakon wanita dan juga penerbit filem "Mantra" ini yang akan menemui anda di pawagam pada 15 Julai 2010.

, , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook