
Ryan Reynolds peneraju utama "Green Lantern"
"Green Lantern" adalah salah satu watak superhero fiksyen yang selalu muncul dalam komik terbitan DC Comics. Kepada peminat "Green Lantern", kami baru sahaja menerima poster karakter filem yang bakal diarahkan oleh Martin Campbell ini. Filem bergenre aksi dan sci-fi ini akan dibarisi oleh Ryan Reynolds sebagai Hal Jordan dan Green Lantern, Blake Lively (Carol Ferris), Mark Strong (Sinestro) dan Peter Sarsgaard (Hector Hammond). Filem ini dijadualkan siap untuk tayangan pada tahun 2011.





