"Terbaik di Singapura dan Johor Bahru, tak lupa juga di Batam", begitaulah rangkap kata yang selalu kita dengar tatkala menonton drama bersiri Phua Chu Kang. Keriuhan yang dapat kita lihat dalam keluarga Chu memang membuatkan kita sentiasa ingin ketawa apabila menonton drama bersirinya itu.
Kali ini, Chu kembali tetapi menggegarkan peminatnya di layar perak dengan lebih kecoh dan ribut yang dibawakan kepada anda. Saksikan gambar-gambar dibawah sepanjang penggambaran filem Phua Chu Kang The Movie yang telah dilakukan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.
Aaaaaannndddd ACTION!!!

"Marilah kita semua berdoa supaya penggambaran kita berjalan dengan lancar".
Baik-baik Mr. Phua bila nak melintas tu, takut ada bas nak lalu..!
Rambut Gurmit Singh aka Phua Chu Kang yang ditouch up,
agaknya nak pintalkan lagi kot rambut dia tu...
agaknya nak pintalkan lagi kot rambut dia tu...
Dari kiri: Frankie Foo (Lim Kay Siu), Rosie (Irene Ang) dan Phua Chu Kang (Gurmit Singh).
Salah satu daripada lokasi penggambaran Phua Chu Kang The Movie.
Pose menarik dari Phua Chu Kang, Ah Ma (Neo Swee Lin) dan Rosie.
Body Double Phua Chu Kang...
Di lokasi penggambaran yang diadakan di tepi kolam renang.
Agaknya ini adalah babak untuk flashback semasa zaman kanak-kanak Phua Chu Kang kot..?
Adik yang bertahi lalat di pipi itu memang sesuai untuk jadi Phua Chu Kang semasa kecil...
Salah satu lokasi untuk babak di rumah orang-orang tua Heaven Can Wait.
Ini dah macam rupa tempat kongsi gelap je ni?
Tenaga kerja dan produksi Phua Chu Kang The Movie.
Nantikan "Phua Chu Kang The Movie" pada 26 Ogos 2010 ini!

