Jika "Cuci The Musical" (CTM) yang dipersembahkan di Istana Budaya tahun lalu berjaya meraih kejayaan kritikal, nampaknya CTM musim kedua juga dilihat bakal mengulangi kejayaan yang sama. Walaupun terdapat beberapa perubahan dari segi barisan pelakon yang terdiri daripada 'orang baru', namun ia masih lagi berjaya membuatkan penonton terhibur.
Ketika Tupai dijemput menghadiri malam pembukaan CTM 2 ini, memang penuh Panggung Sari tersebut! Menurut pencipta muzikal Hans Isaac, sebanyak lima persembahan telah habis dijual. Baguslah kerana selalunya teater muzikal sebegini jarang sekali mendapat tempat di kalangan penduduk Malaysia ini.
Apa-apa pun Tupai sememangnya terhibur sepanjang menonton CTM 2. Malah rasanya mereka yang telah menontonnya pasti sependapat dengan Tupai. Memang berbaloi duit yang anda keluarkan!
CTM 2 dibarisi oleh Hans Isaac, Afdlin Shauki, Awie, Nabil, Vanidah Imran, Jaclyn Victor dan Harith Iskander! Saksikan CTM 2 di Istana Budaya sehingga 9 Ogos ini!
Sedikit gambar daripada CTM 2!
Afdlin Shauki
,
Awie
,
Buletin
,
Galeri
,
Gambar
,
Hans Isaac
,
Harith Iskander
,
Jaclyn Victor
,
Nabil
,
Teater
,
Tempatan
,
Vanidah Imran
|

