Namanya makin melonjak naik, sering menjadi sebutan pengarah-pengarah di Malaysia dan semakin laku selepas lakonan mantapnya yang ditonjolkan melalui "Adnan Semp-It". Shaheizy Sam, adik kepada Zizie Ezzette ini kini sedang sibuk dengan filem terbarunya bergenre aksi komedi berjudul "Kongsi" yang diarahkan oleh pengarah muda Farid Kamil.
Melalui "Kongsi, Sam memegang watak Tumulak, seorang pembunuh upahan yang berasal dari Thailand untuk menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap di Malaysia.
Menceritakan kelainan watak Tumulak yang dipegangnya itu, Sam memberitahu ia agak berbeza sama sekali dengan watak Adnan, malah elemen komedi yang perlu disampaikan itu juga berlainan.
"Tumulak boleh dikatakan seorang fighter dan mahir dalam aksi lawan tetapi lemah dalam menggunakan alat senjata", kata Sam ketika ditemui di lokasi penggambaran di Jalan Petaling.
Tambahnya lagi, "Tumulak lebih cekap dan fokus dalam melakukan sesuatu kerja. Walaupun fokus, dia sebenarnya agak kelam-kabut".

Bagi menjiwai watak ini, Sam hanya menggunakan imaginasinya sendiri dan hanya belajar lenggok bahasa Thailand dan Kelantan.
Ditanya mengapa bersetuju untuk berlakon dalam filem ini, Sam memberitahu dia menyukai filem aksi dan jalan cerita yang berbeza.
"Jalan cerita yang sempoi adalah tarikan kepada saya untuk berlakon. Jika saya adalah seorang penonton, pasti saya akan menonton filem ini bila ia ditayangkan di pawagam. Ini merupakan pertama kali saya bekerja di bawah arahan Farid. Sebelum ini kami hanya pernah berlakon sama tetapi jarang jumpa."
Sam yang senang bekerja dengan Farid mengharapkan peminat akan menyukai dengan hasil kerjanya kali dan memberi sokongan agar prestasi lakonan boleh diperbaiki.