28 HARI: JURNAL ROCK n' ROLL bersama Jayzuan

Posted by TUPAI

Dia seorang penulis lagu. Dia juga seorang penyanyi utama kugiran indie rock Free Love dan mempunyai album solo berjudul "Love-Fi". Kini dia sudah bergelar penulis buku. Angan-angan Mohd Jayzuan atau lebih mesra dengan panggilan Jay tercapai apabila sebuah syarikat penerbitan tempatan, Sang Freud Press menawarkan peluang untuk menerbit bukunya. "28 Hari: Jurnal Rock n' Roll" menceritakan pengalaman Jay mengembara mengelilingi semenanjung Malaysia seorang diri.

Mungkin ramai yang tidak mengenalinya. Namun bagi mereka yang berada dalam indie scene pasti sudah biasa mendengar namanya. Mula menulis sekitar bulan Ramadhan tahun lepas, jejaka berasal dari Simpang Pulai, Perak ini tidak risau sekiranya karya pertamanya itu 'membuka' perihal peribadi diri, sebaliknya dia cuba menyampaikan apa yang dirasakan dalam dirinya itu.

"Saya tidak risau selagi kisah yang dipaparkan itu bukan perkara yang jahat atau negatif. Perkara baik, kita ikut. Yang mana buruk, kita cubalah untuk elak atau buang jauh-jauh," kata Jay yang cukup gembira dengan hasil bukunya itu.

Satu majlis pelancaran buku "28 Hari: Mencari Jurnal Rock n' Roll" bakal diadakan pada 12 Jun 2010 bertempat di Annexe Gallery, Central Market pada jam 4.00 petang. Anda juga bakal dihiburkan melalui persembahan akustik oleh D'Mamat, Faan dan pelakon Ainul Aishah. Buku ini akan dijual dengan harga RM15 sahaja. Jadi jangan lupa mendapatkannya apabila ia berada di pasaran nanti ya?

"28 Hari: Jurnal Rock n' Roll" - Sebuah jurnal yang wajib dibaca!

, , , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook