Pingat Din Beramboi dalam SPONTAN

Posted by TUPAI

Berita baik! "Spontan", sebuah program TV berkonsepkan pementasan komedi bersahaja kembali lagi untuk musim kedua! Disiarkan setiap hari Isnin bermula 31 Mei 2010 pada jam 9.30 malam, "Spontan" akan mendedikasikan episod pertamanya khas buat Allahyarham Din Beramboi sebagai tanda penghormatan beliau yang pernah menjayakan program tersebut selaku barisan pemain utama dan juga memberi pelbagai idea menarik sebelum ini.

Menurut Pengurus Saluran Astro Warna, Azlina Megat, episod pertama ini bakal menyaksikan para pemain bermain tiga buah permainan kegemaran Allahyarham iaitu 'Pemberita Berkepala Tiga', 'Beku' serta 'Demonstrasi'.

"Kami juga akan memperkenalkan Pingat Din Beramboi, di mana para pemenang untuk setiap episod bakal memenangi pingat yang berbentuk lakaran komik wajah Allahyarham," tambah Azlina.

Kehadiran selebriti-selebriti terkenal selaku pemain utama seperti Afdlin Shauki, Douglas Lim, Zizan dan Nabil bakal menyerikan program TV ini. Penonton juga pasti akan turut terhibur dengan kehadiran artis jemputan seperti Harith Iskander, Nur Khiriah, Aziz M. Osman, Radhi Khalid, Bell Ngasri, Riezman Khuzaimi dan ramai lagi.

Masih lagi mengekalkan Sharifah Shahira dan Afdlin sebagai pengacara, jangan lupa temu janji anda bersama "Spontan" di Astro Warna!


Sedikit gambar daripada "Spontan"

, , , , , , , , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook