Mesti ramai peminat Phua Chu Kang dekat Malaysia ini memandangkan siri yang terakhirnya ada beberapa pelakon tanahair kita seperti Afdlin Shauki, Adibah Noor dan Harith Iskander. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Phua Chu Kang dan keluarganya di layar perak!
Masih lagi mengekalkan Gurmit Singh sebagai Phua Chu Kang, kali ini lebih memberi fokus kepada Ah Ma yang datang ke Malaysia untuk melawat keluarga PCK (Phua Chu Kang) dan tiba hilang entah ke mana. PCK bertungkus lumus untuk mencari emaknya di rumah orang-orang tua dan secara tak sengaja telah mendapat kontrak untuk kerja-kerja pengubahsuaian. Misteri menyelubungi rumah orang-orang tua itu apabila seorang demi seorang meninggal dunia.
Filem yang bakal ditayangkan pada 26 Ogos 2010 ini sudah pun memulakan penggambarannya di sekitar malaysia sejak 4 Januari yang lalu dan bakal menelan belanja sebanyak RM1.8 juta. Dengar cerita, Zaibo pun turut berlakon dalam filem ini. MisS SaKurA peminat Gurmit Singh, confirm lah MisS SaKurA tak sabar-sabar nak menunggu tayangan filem ini pada bulan Ogos ini nanti.


