Pesta Toy Story 3 di Pulau Pinang

Posted by MisS SaKurA

Nantikan permainan-permainan dari filem Toy Story bangkit ke alam nyata menemui anda di Queensbay Mall, Pulau Pinang tidak lama lagi. SENQ membawakan anda bersempena dengan filem ketiga Toy Story pada 15 Jun hingga 20 Jun 2010 ini di Ground Floor Centre Concourse, QueensbayMall, Pulau Pinang cuti sekolah ini.

Pelbagai acara menarik menanti anda. Antaranya adalah setup-setup seperti didalam filem Toy Story,karekter-karekter dari filem Toy Story seperti Woody, Buzz Lightyear dan Green Army yang akan menemui anda sepanjang 5 hari tersebut, perlumbaan vakum Space Invader, permainan Nintendo Wii, peraduan mewarna, sesi soal jawab dan cabaran pengemasan bilik anda. Aktiviti-aktiviti menarik ini mestilah menjanjikan pelbagai hadiah yang lumayan dan menarik seperti barangan eksklusif Toy Story 3, produk dan baucar tajaan SENQ.

Marilah sama-sama kita memeriahkan acara ini sempena musim cuti sekolah ini di Queensbay Mall, Pulau Pinang. Rugi kalau tak pergi!

, , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook