Siapalah yang tidak kenal dengan Zaiton Sameon, seorang penyanyi wanita seksi yang popular pada tahun 1980-an? Pelbagai cabaran hidup telah berlaku kepadanya semenjak terlibat dalam sebuah kemalangan yang turut mengorbankan anak lelakinya. Susah-payah yang dilalui oleh Zaiton dalam mengharungi kehidupan selepas kemalangan ini bakal dipentaskan di layar perak dengan garapan oleh Ainon Ariff dan Mislina Mustaffa telah terpilih untuk membawa watak diva popular ini.
Penyanyi Nurul Huda Wahab dan Farah Wahida turut disenarai pendek untuk watak Zaiton ini, namun rezeki berpihak kepada pelakon filem "Talentime" dan "Karaoke" ini.
Menurut Fauziah Nawi, pelakon dan pengarah veteran yang bakal mengarahkan kisah kehidupan Zaiton ini, pemilihan Mislina adalah tepat kerana watak yang dipegangnya itu agak berat.
"Sukar untuk membawa watak Zaiton jika mereka yang dipertanggungjawab tidak berpengalaman dan terlatih. Saya yakin pilihan saya tepat kerana Mislina mampu mewujudkan pelbagai emosi yang dikehendaki. Dia bukan sahaja boleh berlakon dengan baik, malah boleh menyanyi."

Bagi Mislina pula yang ditemui ketika majlis pelancaran filem di Hotel Grand Bluewave baru-baru ini, peluang yang diterima tidak akan disia-siakan begitu sahaja kerana dia terpaksa melalui beberapa rintangan sebelum diberi kepercayaan untuk memegang watak diva kontroversial itu.
"Saya juga pergi ke uji bakat sama seperti orang lain. Namun saya bersyukur apabila Kak Fauziah bersungguh-sungguh mahukan saya. Saya berasa cukup terharu dengan peluang yang diberikan. InsyaAllah, ia tidak akan disia-siakan dan akan menyelami watak tersebut sebaik mungkin."
Apabila ditanya apakah persediaan yang dilakukan olehnya bagi menjayakan filem ini, Mislina memberitahu dia sudah membuat kajian kehidupan Zaiton yang penuh liku itu.

"Bagaimana susahnya kehidupan Zaiton, begitu susahlah watak yang akan saya pegang untuk disaksikan di layar perak nanti," kata aktres berusia 39 tahun ini.
"Zaiton: Ceritaku" merupakan projek sulung Bruang Filem Sdn. Bhd. bakal memulakan penggambaran selama 25 hari bermula 15 Jun nanti. Namun ia masih lagi dalam peringkat draf keempat dan latihan bakal dibuat terlebih dahulu sebelum memulakan penggambaran. Ia adalah sebuah kisah benar dan dijangka bakal menyentuh hati ramai orang.
Selain daripada Mislina, filem ini turut dibarisi oleh Harun Salim Bachik (Rahim), Shikh Abdul Rashid (Zaki), Nafisah Atan (Ibu Zaiton), Abu Shafian Abdul Hamid (Bapa Zaiton) dan Ako Mustapha (Ghafar).
"Zaiton: Ceritaku" dijadualkan untuk tayangan akhir tahun 2010.