Peraduan "Kapoww!!!: Atoi The Ajaib Boy"!

Posted by TUPAI

Menangi tiket ke tayangan eksklusif "Kapoww!! Atoi The Ajaib Boy"

"Kapoww!!! Atoi The Ajaib Boy" mengisahkan seorang jejaka malang yang tinggal di kampung bernama Atoi (lakonan Zizan dari Raja Lawak) bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang superhero. Pelbagai cara telah dilakukan bagi mencapai impiannya untuk menjadi superhero seperti di dalam buku komik yang dirujuknya, namun usahanya itu sia-sia sahaja. Pada suatu hari, Dolet, kerbau Atoi telah hilang. Walaupun keadaan ketika itu sedang hujan lebat dan ribut petir, Atoi menggagahkan dirinya untuk keluar mencari Dolet. Ketika berteduh di  bawah sepohon pokok, Atoi disambar petir dan terus pengsan. Setelah tersedar, Atoi mula memperolehi kuasa bola elektrik, mampu bergerak sepantas kilat dan mempunyai pendengaran yang tajam.

"Kapoww!! Atoi The Ajaib Boy" ini dilakonkan oleh Zizan dari Raja Lawak, Bell Ngasri, Lisa Surihani, Rosnah Mohd Aris, Awie, Harun Salim Bachik, Delyla, Afdlin Shauki, Norlia Ghani dan Khir Rahman.

Filem arahan pengarah Malaysia Azizi Chunk Adnan ini akan menemui anda di pawagam pada 17 Jun 2010 ini.

MAKLUMAT TAYANGAN
TARIKH: 11 Jun 2010 (Jumaat)
MASA: 9.30 malam
LOKASI: Cathay Cineplex e@Curve

Ingin menonton tayangan eksklusif "Kapoww!! Atoi The Ajaib Boy"? Sertailah peraduan sekarang! Hanya jawab dua soalan mudah mengenai filem ini dan berikan slogan yang paling menarik. Anda akan dipilih sebagai pemenang jika anda menghantar butiran peribadi yang lengkap, jawapan yang tepat dan semestinya slogan yang menarik dan unik!

SOALAN
1. Siapakah yang mengarahkan filem "Kapoww!! Atoi The Ajaib Boy"?
a. James Cameron
b. Azizi Chunk Adnan
b. Norliana Samsudin

2. Siapakah yang memegang watak sebagai Atoi?
a. Scha Al-Yahya
b. Linda Onn
c. Zizan Raja Lawak

SLOGAN
Jika anda berpeluang menjadi seorang superhero, apakah nama superhero anda dan kuasa bagaimana yang anda inginkan?  (tidak melebihi dari 20 patah perkataan)

PENYERTAAN

Pembaca TUPAI hanya perlu menghantar e-mel dengan menaip KAPOWW scr sebagai subjek. Lengkapkan dengan nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon beserta jawapan bagi kedua-dua soalan dan slogan di atas dan hantarkan e-mel tersebut ke peraduan@tupai.com.my

NOTA 
• Peraduan akan berakhir pada 8 Jun 2010 jam 11.59 malam.
• Senarai nama pemenang akan disiarkan di laman web www.tupai.com.my pada 9 Jun 2010.
• Notis pemenang hanya dibuat melalui laman web. Sila layari portal hiburan terkini anda  www.tupai.com.my untuk mengetahui anda adalah pemenang peraduan ini.

| edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook