Pengunjung bolehlah melihat sendiri dari dekat watak dari filem Shrek dan pelbagai lagi watak lain di sana nanti seperti Iron Man, Predators, Resident Evil, Hellboy dan ramai lagi. Di samping itu, pertandingan mewarna akan diadakan pada setiap hari Ahad sepanjang pesta Movie BlockBusta 2010 itu diadakan. dan pelbagai hadiah menarik menanti pengunjung yang turut serta dalam pertandingan mewarna itu nanti.
Costume Studio yang dibawakan oleh TM pula menjanjikan anda pengalaman untuk menjadi watak dari filem-filem dan bukan itu sahaja malah jika anda memberikan sebuah pose yang best, anda akan ditawarkan hadiah-hadiah menarik. Sony mempersembahkan televisyen 3D pertamanya dan akan memaparkan filem-filem terbaru dalam bentuk 3D seperti "Resident Evil: Afterlife", "Sammy's Adventures: The Secret Passage" dan banyak lagi.
Di samping itu juga, jangan lupa untuk mencabar diri anda di Movie Marathon Challenge yang dibawakan oleh Berjaya HVN. Mereka akan menayangkan filem-filem promo seperti "G.I. Joe: The Rise Of The Cobra", "Fast & Furious 4", "Shrek The Third", Transformers: Revenge Of The Fallen", "Hellboy 2" dan banyak lagi. Cabaran 20 jam ini akan mengambil tempat pada hari Sabtu, 12 Jun pada pukul 4 petang sehingga hari Ahad, 13 Jun pada pukul 12 tengahari dan peserta yang berjaya menahan diri daripada tertidur sepanjang tempoh 20 jam itu akan memenangi hadiah yang lumayan termasuk sebuah televisyen LCD 42 inci.
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai pertandingan mencari harta karun pada hari Sabtu, 12 Jun. Dibawakan oleh Digi Telecommunications, peserta perlu mencari harta karun dan klu-klu berkaitan dengan filem di serata Queensbay Mall dan berpeluang untuk mengaut hadiah sehingga RM3,000 dari Digi. Semua ini berlaku di Queensbay Mall! Jom kita memeriahkan lagi acara ini di sana!



