Akhirnya, setelah pelbagai percaturan dibuat, Lee DeWyze telah diumumkan sebagai juara American Idol bagi musim yang ke-9. Lee DeWyze, 24 tahun, seorang kerani di kedai cat telah berjaya mengalahkan Crystal Bowersox dengan hanya 2 peratus perbezaan undi diantara mereka berdua. Simon Cowell telah turun padang untuk menjadi juri pada malam finale itu.
Ditanya oleh Ryan Seacrest bagaimana rasanya apabila dinobatkan sebagai juara, Lee berkata "Saya tidak tahu. Sungguh menakjubkan, terima kasih banyak-banyak kepada semua...saya sayang anda. Crystal, saya sayangkan awak".
Dari kiri: Lee Dewyze, Ryan Seacrest dan Crystal Bowersox.
Sekali lagi diucapkan tahniah kepada Lee DeWyze. Tahniah juga kepada Crystal Bowersox!