Kembar popular Upin & Ipin kembali jadi laksamana

Posted by TUPAI

Setelah filem animasi 3D pertama Malaysia "Geng: Pengembaraan Bermula" mendapat kejayaan yang agak luar biasa di beberapa buah negara termasuk Indonesia, Les' Copaque kembali dengan sebuah lagi filem yang menampilkan adik-beradik kembar botak popular ini.

Mendapat inspirasi daripada salah satu episod siri kanak-kanak popular "Upin & Ipin" bertajuk 'Kembara Ke Pulau Harta Karun', "Laksamana Upin & Ipin" menyaksikan Upin dan Ipin menerokai lautan bagi mengharungi pelbagai cabaran dan rintangan. Masih lagi dalam peringkat pra-produksi, filem ini bakal menyelitkan beberapa elemen serta suasana ala-ala pengembaraan lanun. Malah menurut pengarah filem Muhammad Usamah Zaid Yasin, terdapat perbincangan untuk memasukkan beberapa watak lagenda atau mitos daripada Malaysia dan Indonesia.

Bakal memakan kos perbelanjaan sebanyak RM6 juta termasuk promosi, "Laksamana Upin & Ipin" akan dijadikan filem animasi 3D stereoscopic pertama di Malaysia dan proses tersebut dijangka dimulakan pada September akan datang. "Laksamana Upin & Ipin" dijadualkan untuk tayangan pada tahun 2012.

Turut diumumkan ketika majlis pelancaran filem "Laksamana Upin & Ipin" yang diadakan di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam baru-baru ini adalah pengganti kepada suara Upin dan Ipin iaitu Asyiela Putri Azahar. Suara Upin dan Ipin sebelum ini dipertanggungjawab kepada Nur Fathiah Diaz.

, , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook