Bekas pelakon kanak-kanak popular Gary Coleman telah meninggal dunia pada 28 Mei lalu, beberapa jam selepas alat sokongan hidup ditanggalkan. Pada 26 Mei lalu, Coleman telah tergelincir sehingga koma dan dipakaikan alat sokongan hidup apabila keadaannya semakin kritikal akibat pendarahan otak.
Coleman mula menempa nama dalam industri lakonan setelah membintangi "Diff'rent Strokes' sebagai Arnold Jackson. Coleman baru berusia 42 tahun. Takziah daripada TUPAI.


