Kami baru mendapat berita yang filem terbaru arahan Mamat Khalid Estet sudah pun mendapat kelulusan dari Lembaga Penapisan Filem (LPF). Justeru itu, filem Estet akan dihantar untuk penyertaan ke Festival Filem Malaysia yang ke 23. Tak sabar MisS SaKurA nak menonton filem terbaru Mamat Khalid ini. MisS SaKurA pun pasti ramai diluar sana peminat Mamat Khalid yang ternanti-nanti bilakah tarikh tayangan bagi filem ini.
Menurut laman sosial Facebook Estet, ianya akan ditayangkan pada bulan Oktober 2010. Tarikh masih belum dapat dipastikan lagi. Filem Estet ini adalah berkisarkan mengenai sebuah komuniti yang hidup di tanah estet yang terdiri daripada berbagai kaum. Mereka semua hidup dan bekerja dengan harmoni dan mencorakkan nilai-nilai murni sesama kaum.

Mamat Khalid di penggambaran muzik video untuk filem "Estet".
Filem ini dijayakan oleh Farid Kamil sebagai teraju utama, Awie, Jasmine Michael dan penampilan khas David Arumugam.