Kecoh kejap dibuatnya di sidang media bagi program terbaru yang akan ditayangkan di Astro Ria iaitu Kapoww!!!. Kesatuan Antarabangsa Peringkat Olimpik Wira Wira atau nama singkatannya Kapoww!!! adalah sebuah drama penuh aksi mengisahkan tentang adiwira-adiwira yang ingin menakluki dunia apabila mereka ini tercipta dari sebuah tenaga radioaktif yang secara tidak sengaja telah dibebaskan di ruang udara.
Kenapa MisS SaKurA menyebutkan soal kecoh kejap pada awal perenggan diatas adalah kerana adiwira-adiwira ini semua turun padang untuk menjayakan sketsa yang tak sampai 5 minit dari drama bersiri tersebut pada sidang media yang diadakan pada hari Selasa yang lalu, 27 April 2010 yang bertempat di Ministry of Sound (Euphoria), Bandar Sunway. Kesemua adiwira-adiwira tersebut sempat juga mengenakan kostum yang dipakai oleh mereka dalam drama tersebut. Terkejut jugalah MisS SaKurA bila watak-watak antagonis cuba untuk menculik pengacara majlis dan mungkin cuba untuk menawan dunia tetapi berjaya ditumpaskan oleh adiwira-adiwira Kapoww!!! sebelum mereka cuba untuk berbuat apa-apa.
Majlis sidang media ini juga disaksikan dengan secebis klip dari drama tersebut selama lebih kurang 15 minit. MisS SaKurA tengok macam menarik, mana taknya sebab pengarahnya menggunakan banyak kesan-kesan khas dalam drama ini seperti mana digunakan dalam Antoo Fighter.
Mungkin ramai diantara kita yang kurang kenal dengan barisan pelakon untuk drama ini. Antaranya ialah Hairi Anak Wayang, Norlia Ghani, Nadia Mustafar, Rosnah Mat Aris, Angeline Tan, Riezman Khuzaimi, Maria Farida, Zizan Raja Lawak, Bell Ngasri, Harun Salim Bachik, Ah Chong Sweet Child dan ramai lagi.
Bila dah ada drama, sudah tentulah ada filemnya. Filem bagi Kapoww!!! Atoi The Ajaib Boy akan bakal ditayangkan pada bulan Jun tahun ini. Dengar cerita ianya adalah sambungan dari drama ataupun sebaliknya. Pasal itu, MisS SaKurA kenalah siasat dulu tapi yang penting MisS SaKurA mesti agak ramai di luar sana ingin menyaksikan filem ini kan? Nantikan peraduan yang akan diadakan di www.tupai.com.my tidak lama lagi!
Apa-apa pun kita check out mesej dari adiwira-adiwira kita ini dan pengarahnya.



