Sempat juga CC menghadirkan diri ke finale World Championship Of Performing Arts(WCOPA) Worldstars Road to Hollywood 2010 yang diadakan di Istana Budaya pada 10-April-2010.
Membarisi 20 perserta dari 5 kategori seni persembahan, kesemua 20 perserta dari 5 kategori vokal, tarian, peragaan, lakonan, & muzik instrumental hanya di beri masa selama seminit untuk setiap persembahan namun berjaya menampilkan bakat yang cukup hebat & unik. kesemua perserta mewakili dari seluruh negeri diadili oleh juri-juri ternama seperti Deja Moss, Noryn Aziz & Lewis Pragasam.
Kategori yang paling dinantikan pada malam itu tentunye kategori seni vocal yang 50% dari persertanye dibarisi oleh bintang realiti tv terkemuka seperti Shila OIAM, Iz Sulaini OIAM, Rizu OIAM, Nabil MENTOR & Nadia AF6.
Tahniah CC ucapkan kepada Shila Amzah, Iz Sulaini & Cheryl Koh kerana berjaya menempah tiket ke Los Angelas pada 15 July nanti bersama 5 perserta dari kategori tarian, peragaan & muzik instrumental namun tiada perserta yang berjaya untuk kategori lakonan.
Chen-chen: kesian Nabil, kena perform 3 lagi atas kesalahan technical hehe.....

