BINTANG
Keseluruhan: 2.5
Plot: 2.5
Lakonan: 3
Kesan Khas: 2
Sinematografi: 2.5
Tonton filem ini jika anda suka: "Tipu Kanan Tipu Kiri", "Runaway Bride"
Teruja rasanya apabila mendapat jemputan untuk mengulas filem ini. Ini kerana filem "Andartu
Terlampau 21 Hari Mencari Suami" adalah filem pertama terbitan pelakon tanahair yang tidak asing lagi
Haliza Misbun.
Filem yang diarahkan oleh Din CJ ini menaruhkan genre berbentuk komedi dan membawakan barisan
pelakon bukan komedi untuk menjayakan filem ini telah memberi tanggapan kepada MisS SaKurA
bahawa ianya adalah tugasan dan taruhan yang agak berat tetapi ternyata memberikan reaksi yang
agak positif dan ternyata mereka telah berjaya dalam filem ini.
Cerita ini mengisahkan tentang seorang gadis lewat 30an bernama Nik Melati Sukma ataupun Nikki
(Haliza Misbun) yang tertekan keran masih lagi belum berkahwin. Pelbagai usaha dilakukan oleh kedua
orang tuanya iaitu Fatimah dan Nik Mat untuk membolehkannya bersetuju untuk berkahwin sehingga
sangup 'mix and match' anaknya itu dengan calon yang dirasakan sesuai. Namun Nikki nekad untuk
mencari jodohnya sendiri.
Pelbagai peristiwa lucu terjadi melingkari perjalanan Nikki dalam usahanya mencari calon suami yang
dianggapnya sesuai tetapi tidak jumpa yang berkenan di hatinya. Sehinggalah Fatimah memberi kata
dua kepadanya bahawa jika Nikki tidak membawa pulang calon suami dalam masa 21 hari, maka Nikki
tiada pilihan lain tetapi terpaksa berkahwin dengan lelaki pilihan ibunya itu serta dipersetujui bersama
oleh bapanya.
Watak Nikki, seorang gadis ganas dan tomboy yang dilakonkan oleh Haliza ternyata berkesan lebih-
lebih apabila adegan bila mana Nikki membelasah pakar psikologi yang dilakonkan oleh Azhar
Sulaiman di dalam tandas awam. Penampilan istimewa Ari Wibowo tidaklah begitu lama. Mungkin jika
dapat dipanjangkan adegan untuk beliau boleh menjadikan filem ini lebih menarik untuk ditonton.
Apa-apa pun ianya adalah sebuah filem komedi yang agak ringan dan menghiburkan.





