SOFEA JANE: Sekian lama berpisah akhirnya bertemu

Posted by Mat Rebiu

Ni haa Mat Rebiu ingin menyambung lidah rakyat dalam mengucapkan tahniah dan terima kaseyyy kepada FINAS atas kejayaan Program Merakyatkan Filem Malaysia pada petang Sabtu lepas, yang melihatkan tayangan percuma filem KEKASIH AWAL DAN AKHIR mendapat sambutan daripada kira-kira 200 orang yang datang menonton filem 1993 itu.

Yang menariknya, petang itu ada dijanjikan kemunculan artis, so apa tidaknya, memanglah ramai yang turun ke panggung lama Coliseum KL untuk acara intimewa itu.  

JAMAL ABDILLAH dikatakan ada komitmen lain (Jamuan Minggu Setiausaha agaknya) maka sayang lirik lagu klasik itu cuma jadi setengah saja, dengan kehadiran IMUDA dan SOFEA JANE. Rata-rata penonton agak gembira dapat bergambar dengan artis kesayangan mereka itu, siap dengan sesi autograf poster lagi. IMUDA muncul dengan beret yang menjadi trademark beliau manakala SOFEA JANE tampak ayu dalam serba putih walaupun sudah beranak tiga. Memang tiga, kan? Maaf ya, kalau silap.

Sebenarnya Mat Rebiu sudah lama meminati lagu ini tetapi tak pernah menonton filem coretan Aziz M. Osman itu. Bagaimana? Ok-lah kira. Tapi gegaris putih dan gambar kuning-ungu di layar lebar petang itu menunjukkan bahawa sudah lama filem ini tak dipelihara. Mujurlah secara keseluruhannya kualiti filem yang ditayangkan boleh tahan lagi, tak sampai dimaki penonton. Dari aspek penceritaan, filem bertemakan sentimen ANTARA DUA DARJAT ini saya kira boleh tahan jugaklah bagi zaman itu. Betapa lebarnya ukiran senyuman di bibir setiap penonton yang dapat poster autograf. Oh masih ada yang sayang!

Ni ada lagi beberapa gambar yang sempat Mat Rebiu tangkap sewaktu sesi beramah mesra. Enjoy.



Artis kena serbu! 
 Biasa laa...

Malam mencari mimpi...


Siang mencari autograf!














 Too bad Abang Jamal couldn't make it. Cukuplah ada SOFEA JANE & IMUDA kan?

, , , , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook