Sepetang bersama Harith Iskander...

Posted by MisS SaKurA

Baru-baru ini MisS SaKurA ada buat satu post berkaitan dengan Harith Iskander tentang pembukaan restoran terbarunya, Samsaraa Kuala Lumpur Restaurant & Bar. Kali ini, MisS SaKurA berpeluang untuk menghakimi dan merasa sendiri masakan di restoran tersebut pada petang Jumaat yang lalu.

Bertemakan konsep ala Asia dan Barat, restoran yang dimiliki oleh Harith dan tunangnya Jezamine Lim  (gambar kiri) dan juga rakan kongsi mereka telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan sejak ianya dibuka pada beberapa bulan yang lalu.

MisS SaKurA berpeluang mengadakan sesi minum petang dan borak santai bersama Harith pada hari tersebut. Jomlah kita lihat gambar-gambar dan video temuramah eksklusif dibawah ini khas buat pengunjung Tupai.


Rekabentuk luaran yang sangat ringkas.

Dalam restoran bertemakan warna hitam, putih dan merah.

Harith bersama 2 hidangan yang direkemen oleh beliau. Price wise takdelah mahal sangat, kalu satu family datang mungkin dalam sekitar RM50 atau RM60 termasuk air.

, , , , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook