"Payudara saya membuai-buai semasa adegan itu..." - Haliza Misbun

Posted by MisS SaKurA

Memang agak panas tajuk di atas ini tetapi itulah yang dikatakan oleh penerbit bagi filem terbaru "Andartu Terlampau 21 Hari Mencari Suami", Haliza Misbun pada sidang media yang diadakan pada hari Rabu lepas, 28 April 2010 bertempat di Cathay Cineplex e@Curve.

Selepas MisS SaKurA berpeluang menyaksikan tayangan khas bagi media itu memang ada adegan di mana Haliza Misbun memakai sebuah gaun yang agak menonjolkan asetnya itu sehingga menampakkan seperti payudaranya membuai-buai apabila beliau berjalan dari satu meja ke satu meja semasa makan malam. Haliza menegaskan bahawa beliau tidak tahu apabila memakai gaun itu akan menampakkan seolah-olah payudaranya membuai-buai. Ini mungkin juga disebabkan oleh lokasi kamera video itu yang mengambil angle dan shot dari bahagian atas.




Ari Wibowo (kiri) bersama Haliza Misbun

Sebagai penerbit bagi filem pertamanya, Haliza memberitahu bahawa beliau berasa sangat optimis untuk filemnya mendapat sambutan yang baik apabila ianya bakal ditayangkan pada 20 Mei nanti. Filem yang bernilai 1.2 juta ini adalah satu cabaran yang besar buat penerbit yang buat pertama kalinya menerbitkan filem seperti Haliza Misbun.

Menggandingkan barisan pelakon handalan seperti Haliza Misbun, Erra Fazira, Fahrin Ahmad, Awie, Azhar Sulaiman, Fizo Omar, Dato' Rahim Razali, Dato' Jalaluddin Hassan, Maimon Muttalib, Abby Abadi, Fara Fauzana dan ramai lagi. Ditambah pula dengan penampilan istimewa pelakon sinetron dan filem terkenal Indonesia Ari Wibowo.

Ditanyakan kenapa memilih Ari Wibowo untuk melakonkan satu babak yang agak singkat, Ari berkata "Saya pernah berkerjasama dengan Haliza. Saya memang akrab sebagai kawan dengan Haliza dan I was very happy and everything went smoothly and looking forward to work with Haliza again".

 Erra Fazira pun ada turun padang

Filem yang mengambil masa selama 17 hari penggambaran ini mengisahkan tentang seorang gadis lewat 30an bernama Nik Melati Sukma ataupun Nikki yang tertekan gara-gara masih lagi belum berkahwin dan mendapat desakan yang kuat dari kedua ibu bapanya. Pelbagai usaha yang dilakukan oleh orang tuanya untuk menjodohkan beliau dengan calon-calon yang dirasakan mereka bersesuaian dengan anak daranya itu. Seperti tajuknya sendiri, Nikki perlu mencari bakal suami dalam tempoh 21 hari atau ibu bapanya yang akan mencarikan sendiri jodoh untuk anaknya itu.

Filem ini yang mendapat kelulusan 100 peratus tanpa potongan dari LPF akan bakal ditayangkan pada 20 Mei 2010 ini. Memang MisS SaKurA rekemen kepada semua golongan andartu-andartu di luar sana untuk menyaksikan filem yang bergenre komedi ini kerana belum pernah MisS SaKurA tengok filem Melayu kita dengan memfokuskan pada golongan andartu ini. Memang menghiburkan!

, , , , , , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook