"Memang sedap tidur di atasnya" - Maya Karin

Posted by MisS SaKurA

Ya, tidak dinafikan lagi apa yang dikatakan oleh pelakon, model dan penghibur terkenal Maya Karin apabila ditanyakan bagaimana rasanya apabila tidur di atas tilam Vono di hari upacara menandatangani dan pelancaran produk tilam terbaru Vono Maya Karin Back Care collection.

Maya Karin yang dipilih untuk menjadi duta oleh syarikat tilam yang amat terkenal diseluruh dunia itu selepas 10 tahun memegang kontrak bersama Ziana Zain berkata dia amat berbesar hati dan terharu dan berharap dapat menjalankan tanggungjawab sebagai duta bagi produk tilam Vono ini dengan baik.

Team Tupai sempat juga mencuba tilam-tilam yang diperkenalkan oleh syarikat Vono pada hari pelancarannya yang bertempat di Grand Dorsett Subang pada hari Isnin lepas, 12 April 2010. Untuk Maya Karin je, Vono telah pun melancarkan beberapa jenis tilam di bawah nama beliau iaitu Back Saver 1, Back Saver 2, dan Back Saver Deluxe. Harga bagi tilam-tilam ini pun tidaklah mahal mana, sekitar RM699 hinggalah ke RM1399.

Dari kiri, En. Woo Kam Fook, Pengarah Urusan Slumberland Malaysia, Datin Jasmine Abdullah, Pengurus Besar Grand Dorsett Subang, Maya Karin dan En. Tan Kim Tai, Pengarah Urusan Wilayah Slumberland Asia Pacific Ltd.

MisS SaKurA nak bercerita sedikit tentang tilam Vono dibawah range Maya Karin nih. Apa yang berbezanya tilam Vono ini ialah ianya menggunakan System Spring Intalok yang berfungsi sebagai "large shock absorber" yang boleh memanjangkan hayat tilam sebanyak 68 peratus. Bukan itu sahaja, ianya juga membantu dalam penjagaan tulang belakang kita dengan menyokong tulang belakang dan tirai mewah untuk tidur yang serba selesa.

Maya Karin sempat mendendangkan single terbarunya di hari pelancaran tilam Vono tersebut.

MisS SaKurA tidak mahu bercakap banyak tentang tilam Vono ini. Untuk mendapatkan kepuasan hati, baiklah korang pergi ke kedai tilam yang berhampiran untuk mencuba sendiri tilam-tilam dari Vono dibawah nama Maya Karin nih yea? Apa-apa pun kita dengar dulu pesanan dari Maya Karin di dalam video eksklusif khas buat pengunjung-pengunjung Tupai...

, | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook