27 Apr - Festival Filem Malaysia (FFM) kembali lagi! Selepas FFM22 mendapat sambutan hangat di Kota Kinabalu, Sabah tahun lalu, kali ini ia kembali diadakan di Kuala Lumpur. FFM23 bakal bermula pada 16-18 Julai 2010 dengan mempertandingkan lima kategori iaitu Filem Cereka, Dokumentari, Animasi, Filem Pendek dan Digital.
Menurut Ketua Pengarah Finas, Mohd Mahyidin Mustakim yang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana di sidang media pengumuman kategori yang diadakan di Finas kelmarin, kemungkinan besar akan ada penambahan satu anugerah bagi kategori Anugerah Cipta iaitu Filem Komedi Terbaik.
"Memandangkan tahun lepas kita mendapat banyak penyertaan daripada filem komedi, kemungkinan besar kita akan menambah satu anugerah khas untuknya. Namun ia berdasarkan jumlah penyertaan yang kita terima tahun ini."
Masih lagi mengekalkan tema "Filem Malaysia Ke Persada Dunia", FFM23 akan dimulakan dengan majlis perasmian yang bakal disempurnakan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta tayangan perdana pada 16 Julai di e@curve, Damansara. Manakala malam kemuncak FFM23 pula bakal diadakan pada 18 Julai di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dengan kehadiran Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Penyertaan bagi kelima-lima kategori yang dipertandingkan telah pun dibuka dan bakal berakhir pada 31 Mei 2010.