2 Apr - Setelah beberapa hari terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Selayang, pengacara radio Era dan pelawak terkenal Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi meninggal dunia pada lewat tengah malam tadi.
Allahyarham Din yang disahkan menghidap Dengue Shock Syndrome dan dijangkiti Leptospirosis (jangkitan air kencing tikus) telah dipasang mesin sokongan hayat semenjak beliau tidak sedarkan diri, namun dihentikan atas nasihat doktor kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi berikutan kegagalan organ dalamaman terutama buah pinggang dan hatinya berfungsi.
Salam takziah kepada keluarga Allayharham Din. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Amin.
Update: Allahyarham Din Beramboi telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan tadi.