Wanita kelahiran Sabah ini lebih terkenal dalam bidang pengacaraan. Namun apabila diberi peluang memegang watak utama dalam "Belukar", sebuah filem pertama arahan Jason Chong, Daphne Eleanor Iking atau lebih mesra dipanggil Daphne menerimanya dengan hati yang terbuka.
Pelbagai kontroversi telah menimpanya semenjak setahun dua ini, dari penceraiannya sehinggalah dikatakan sebagai perosak rumah tangga antara pelakon Natasha Hudson dan bekas suaminya, Shahrin Zahari.
Daphne yang kini menjadi ibu tunggal kerap kali dipanggil sebagai penggoda apabila melihat penampilannya yang semakin seksi. Tambahan pula Daphne telah diberi 'watak penggoda' untuk "Belukar" yang bakal ditayangkan di pawagam tempatan bermula 6 Mei nanti.
Walaubagaimanapun Daphne yang memegang watak Eva menyangkal dakwaan tersebut dan meminta jangan disamakan karakter yang dilakonkannya dengan dirinya di dunia realiti.
"Walaupun saya diberi peluang memegang watak penggoda dan memakai pakaian yang seksi, ia tidak bermakna saya adalah orang sebegitu. Malah kepada mereka yang sudah menonton 'Belukar' pasti akan terkejut apabila mengetahui watak saya yang sebenar," kata Daphne ketika bertemu di majlis pra-tonton "Belukar" di GSC 1 Utama baru-baru ini.
Daphne yang berlakon bersama Bront Palarae turut mengaku agak segan melakonkan satu babak di dalam bilik air disamping pelakon tinggi lampai ini.
"Bayangkan ketika itu saya tengah melalui proses penceraian dan kalau boleh saya tidak mahu melihat mana-mana lelaki. Dalam babak tersebut, saya dikehendaki memegang badan Bront seolah-olah mahu menggodanya. Malu sangat waktu itu. Tambahan pula ketika melakonkan babak tersebut, hanya ada saya, Bront, Jason dan seorang jurukamera kerana lokasi yang agak sempit."
"Belukar" mengisahkan Eva (Daphne Iking), seorang penyeleweng insurans profesional yang berjaya membuat tuntutan melebihi RM100 juta. Ia menyebabkan Eva disiasat pelbagai pihak yang cuba membuktikannya bersalah. Seorang ejen penyiasat, Nik (Bront Palarae) ditugaskan untuk menyiasat Eva. Namun Nik telah jatuh cinta terhadap Eva tanpa Eva mengetahui identiti Nik yang sebenar.
Nantikan ulasan "Belukar" dan temu bual bersama Daphne Iking di TUPAI.
Saksikan "Belukar" di pawagam tempatan bermula 6 Mei 2010!