Puas hati! Itulah yang mampu dikatakan apabila dua diva dari dua negara disatukan dalam satu showcase sempena minggu setiausaha di Shah Alam Convention Centre (SACC) baru-baru ini. Dato’ Siti Nurhaliza dan Krisdayanti telah menghiburkan seramai 1000 orang pada malam 27 April yang lalu. Rata-rata yang hadir adalah peminat setia mereka, VIP dan VVIP.
Showcase tersebut dibahagikan kepada tiga segmen iaitu segmen pertama duet, segmen kedua solo dan segmen ketiga duet sekali lagi. Kehebatan mereka terserlah apabila mereka disatukan dalam lagu goyang Inul. Kedua diva ini bergelek sakan! Mereka juga sempat mengusik dan mengajak seorang penonton untuk menari bersama di atas pentas.
Dengan status janda yang dipegang oleh Krisdayanti, aksi dan gelagatnya di atas pentas agak 'nakal' dan bersahaja.Walaupun masih dalam keadaan sedih dengan apa yang menimpa hidupnya, Krisdayanti tetap memberi persembahan yang nyata berjaya memukau tetamu yang hadir.
Dengan status janda yang dipegang oleh Krisdayanti, aksi dan gelagatnya di atas pentas agak 'nakal' dan bersahaja.Walaupun masih dalam keadaan sedih dengan apa yang menimpa hidupnya, Krisdayanti tetap memberi persembahan yang nyata berjaya memukau tetamu yang hadir.
Gimik yang ditampikan oleh Siti ketika menyanyikan lagu 'Ku Milikmu' apabila melodinya diubah kepada melodi lagu 'Crazy In Love' nyanyian Beyonce. Siti juga sempat menyanyikan beberapa rangkaian lagu Krisdayanti iaitu 'Mahadaya Cinta' dan 'Cobalah Untk Setia'. Krisdayanti juga turut menyanyikan beberapa buah lagu milik penyanyi no. 1 Malaysia ini. Masing-masing membawakan lagu tersebut dengan gaya tersendiri.
Penari iringan Krisdayanti diterbangkan khas dari Jakarta. Manakala Siti pula menggunakan khidmat penari Malaysia. Aubrey Suwito teah dipertanggungjawabkan sebagai pengarah muzik pada malam tersebut. Selain persembahan mantap daripada mereka, berlangsung juga cabutan bertuah dan hadiahnya sangat lumanya iaitu tajaan daripada Rafflesia, Lavin Paris dan Simply Siti.
Apa-apa pun showcase ini boleh dianggap sebagai sebuah mini konsert yang berjaya dan rugi pada sesiapa yang tidak hadir pada malam tersebut. Tahniah diucapkan kepada team SACC kerana buat pertama kalinya menganjurkan showcase seperti ini. Semoga tahun-tahun akan datang barisan artis lebih hebat dan jangan lupa jemput team Tupai lagi ya?
FOTO: Tajul Zaffli

