Peminat masih lagi terkejut dengan kematian Allahyarham Din Beramboi pada 2 April lalu. Kini giliran Abdillah Murad Md. Shari atau lebih popular dikenali dengan nama Achik Spin pula meninggalkan kita. Pada jam 7 malam tadi, Achik, 27, telah meninggal dunia setelah terlibat dalam satu kemalangan ngeri di KM 14.7 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd (Lekas).
Arwah sebenarnya dalam perjalanan pulang daripada bersiaran langsung di RTM untuk program Hits1 petang tadi dengan menumpang kereta temannya, MPV Toyota Estima yang dikatakan telah terbabas dan melanggar papan tanda di lebuhraya tersebut. Menurut laporan Bernama, Arwah telah tercampak keluar akibat daripada impak pelanggaran yang kuat. Arwah meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan. Kereta tersebut terbakar sejurus kemalangan.
Arwah meninggalkan seorang isteri dan anak perempuan.
Nona Andika dan team TUPAI ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Achik. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.
AL-FATIHAH.
NONA ANDIKA: Kepada semua pembaca TUPAI, sila berhati-hati bila di jalan raya ya? Sekarang ni accident boleh berlaku kat mana-mana je.