EKSKLUSIF: Menangi tiket ke AIM!

Posted by TUPAI

Ya, acara yang paling dinanti-nantikan buat semua peminat dan pemuzik tanahair. Anugerah Industri Muzik yang ke 17 bakal berlangsung pada hari Ahad depan, 2 Mei, 2010 bertempat di PWTC, Kuala Lumpur pada pukul 9.00 malam.

Acara yang akan dimulakan dengan siaran secara langsung dari Karpet Merah pada pukul 8.30 malam itu adalah acara yang ke 17 diadakan pada tahun ini. Antara barisan artis yang akan membuat persembahan pada malam itu ialah Sheila Majid, Siti Nurhaliza, Aizat, Aliff Satar, Altimet, Andrew Tan, Shila OIAM, Ayu OIAM, Dafi, Juwita Suwito, Vince, Yuna, Zee Avi dan ramai lagi.

Dengan membawakan tema "AIM17 - Kemuncak Segala-galanya", pengacara yang akan mengacarakan malam yang penuh berprestij itu adalah Adibah Noor dan Afdlin Shauki. Penyiar rasmi bagi anugerah tersebut ialah NTV7 dan radio rasminya pula ialah Hot FM dan Fly FM. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menonton acara berprestij ini dan tandakanlah tarikh ini di kalendar anda supaya anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan anugerah ini secara langsung di NTV7, Saluran Ceria Anda.

Ingin merasai kehangatan kemuncak anugerah ini dengan lebih dekat? Sertailah peraduan untuk
memenangi sepasang tiket untuk menyaksikan AIM17 secara langsung. Anda hanya perlu menjawab 2
soalan dan slogan dibawah.

Penyertaan dengan semua jawapan tepat dan slogan paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang.

Peraduan berakhir 27 April 2010.

Hadiah Utama
2 x Pas percuma AIM17

Hadiah Saguhati
10 x T-shirt eksklusif AIM17

SOALAN

1. Bilakah AIM17 bakal berlangsung?
a) Ahad, 2 Mei 2010
b) Sabtu, 1 Mei 2010
c) Isnin, 2 Mei 2010

2. Siapakah yang akan mengacarakan AIM17?
a) Adibah Noor
b) Afdlin Shauki
c) Semua di atas

SLOGAN
Saya ingin menonton AIM17 di PWTC kerana... (Tidak melebihi 20 patah perkataan)

CARA UNTUK MENYERTAI
Penyertaan harus dibuat melalui e-mail sahaja dengan menaip AIM17 sebagai subjek beserta nama,
nombor kad pengenalan dan nombor telefon. Hantarkan penyertaan anda ke peraduan@tupai.com.my

NOTA
• Peraduan akan berakhir pada 27 April 2010 jam 11.59 malam.
• Senarai nama pemenang di laman web www.tupai.com.my pada 28 April 2010.
• Notis pemenang hanya dibuat melalui laman web. Sila layari laman web www.tupai.com.my untuk
mengetahui anda adalah pemenang peraduan ini.

TERIMA KASIH AIM17!

, , , , , , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook