Ulasan KAIJI

Posted by TUPAI


BINTANG:

Keseluruhan: 2.5
Lakonan: 2.5
Plot: 2
Efek Khas: 2
.5
Sinematografi: 2.5


Tonton filem ini jika anda suka:
"God Of Gambler", "All For The Winner"

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kebanyakan filem Jepun yang ditayangkan di pawagam telah diadaptasikan daripada manga atau anime. Begitu juga dengan filem terbaru arahan Toya Sato ("Gokusen The Movie"), "Kaiji", yang telah menyatukan kembali barisan pelakon daripada filem "Death Note", turut diadaptasi daripada siri manga popular oleh Noboyuki Fukumoto yang telah dijual sebanyak 11 juta salinan.

Menampilkan Tatsuya Fujiwara sebagai watak utama, filem ini menyaksikan Kaiji Ito yang dipaksa menyertai satu pertandingan perjudian di atas sebuah kapal mewah bagi melangsaikan hutangnya selain berpeluang menjadi kaya pada masa yang sama, tanpa menyedari bahawa ia bakal mengubah hidupnya!

Penulis merasakan pengarah gagal menyampaikan filem ini dengan berkesan kerana ada kalanya ia agak membosankan dan mengambil masa yang agak lama untuk plot cerita berkembang. Tambahan pula durasi filem ini yang agak panjang bakal membuatkan penonton tidak senang duduk di atas kerusi mereka. Walaupun tidak banyak informasi mengenai karakter disampaikan kepada penonton, namun agak menarik menyaksikan Kaiji menempuhi beberapa peringkat permainan iaitu Scissors Paper Stone Card Battle, Steel Beam Crossing Death Race dan E-Card Strategy Game  bagi memenangi pertandingan tersebut. Ternyata permainan tersebut berjaya mencetuskan perasaan berdebar-debar di hati penonton. Malah menyaksikan peserta yang berada dalam 'situasi bahaya' juga ada kalanya menghiburkan.

Walaupun Tatsuya Fujiwara merupakan watak utama dalam filem "Kaiji", namun tidak keterlaluan jika dikatakan pelakon veteran Teruyuki Kagawa ("Tokyo Sonata") yang memainkan watak sebagai penjahat bernama Yukio Tonegawa lebih menonjol daripada Tatsuya. Mungkin ada di kalangan peminat berasa gembira menyaksikan penampilan Kenichi Matsuyama sebagai Makato Sahara walaupun dalam tempoh yang singkat.

Filem ini mungkin tidak disukai oleh sesetengah orang, namun ia mendapat kutipan sebanyak US$24 juta dalam tempoh sebulan ia ditayangkan di Jepun. Dikatakan sebagai antara filem terhebat 2009, "Kaiji" sudah pun mendapat lampu hijau untuk sekuel yang dijadualkan untuk tayangan pada tahun 2011.


"Kaiji" kini sedang ditayangkan di Singapura dan dijadualkan untuk tayangan di pawagam tempatan pada 8 April 2010!

, , , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook