Ulasan: EVOLUSI KL DRIFT 2 - Cakap sampai tayar berasap

Posted by Mat Rebiu


Oleh: Mat Rebiu

BINTANG
Keseluruhan:
2.5

Lakonan:
3
Plot:
2.5
Efek khas:
3.5
Sinematografi:
3

Tonton filem ini jika anda suka:
“Evolusi KL Drift”, “Gangster”, “KL Menjerit”, “Impak Maksima” 

Saya tak mau komen banyak, memandangkan filem ini pun sudah terlalu banyak dialognya, sampaikan saya dudok di panggong macam layan dua episod Gerak Khas berturot-turot. Yang saya nak komen ini adalah betapa khusyoknya si peneraju projek kita Mr. Syamsul
dalam menerbitkan sebuah karya yang jitu, sehinggakan bukan sahaja kereta yang drift, bahkan jalan ceritanya pon dibawa drift sekali masok hutan mana entah. Kenapa hilang fokus? Kenapa filem ini macam dudok bersembang sahaja? 

Nasib baik aksi kereta dalam cerita ini memang melangkaui jangkaan dan membuat suatu anjakan yang cukup bermakna sejak filem asal tahon 2008 itu. Itu boleh respect. Tambah lagi persembahan Scha Al-Yahya, yang semakin matang dan menyerlah. Campur sekali watak-watak gengster jahat yang dibawa secara overkill oleh otot-otot Aaron Aziz dan Shaheizy Sam. Ini laa namanya entertainment. Maksud saya, kalau ada lagi peluang bikin filem racing macam ni, saya syorkan kita tinggalkan sahaja elemen-elemen romen dan sembang santai yang menghambarkan cerita, sedangkan apa yang sedia ada sebenarnya sudah memadai dalam nukilan narratif filem aksi.

Okei laaa. Ini dia gambar-gambar behind-the-scenes yang ada dalam CD. Nikmatilah.

Evolusi KL Drift 2 akan ditayang di pawagam serentak, bermula 25 Mac 2010 ini.













, , , , , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook