Ulasan COP OUT

Posted by TUPAI

BINTANG:
Keseluruhan: 2.5
Plot:
2
Lakonan:
3
Sinematografi:
2.5

Tonton filem ini jika anda suka:
"Lethal Weapon", "Beverly Hills Cop"

Buat pertama kalinya, pengarah "Zack and Miri Make a Porno" (2008) ini menerima skrip yang ditulis orang lain untuk dijadikan filem. Bekerjasama dengan adik-beradik Cullen, Robb dan Mark, filem komedi ini mengisahkan seorang polis veteran Jimmy (Bruce Willis) kehilangan kad besbol yang jarang sekali ditemui. Memandangkan kad tersebut adalah satu-satunya harapan Jimmy untuk membayar majlis perkahwinan anak perempuannya yang bakal dilangsungkan tidak lama lagi, Jimmy bersama rakannya, Paul (Tracy Morgan) cuba mencari pencuri sebenar iaitu seorang gangster yang obses dengan memorabilia.

"Cop Out" atau tajuk asalnya "A Couple Of Dicks" mungkin bukan filem aksi komedi terbaik yang pernah dihasilkan. Malah ia bukanlah filem terbaik yang pernah dihasilkan oleh Smith sendiri. Jalan ceritanya pulak boleh diramal. Agak sayang kerana kita tahu Smith mampu buat yang lebih baik daripada itu. Walaubagaimanapun lawak jenaka dan dialog yang ada dalam tersebut mampu menghiburkan anda, walaupun ada beberapa masa ianya agak mendatar. Genre aksi bukanlah satu kepakaran dan pilihan buat Smith, namun ia dipersembahkan dengan memuaskan.

Namun barisan pelakon "Cop Out" bukanlah calang-calang orang. Gabungan antara Willis dan Morgan memang serasi, walaupun adakalanya penulis merasakan lakonan Morgan lebih menonjol daripada Willis. Mungkin kerana memang kita sudah sedia maklum bahawa Morgan adalah seorang pelawak. Walaupun Willis kelihatan agak tua untuk watak sedemikian dan lebih banyak memainkan watak yang lebih serius sebelum ini, ia tidak menghalang Willis untuk memberikan persembahan yang terbaik untuk filem "Cop Out". Selain Bruce Willis dan Tracy Morgan, "Cop Out" turut dilakonkan oleh Seann William Scott, Kevin Pollack, Adam Brody dan Michelle Trachtenberg.

"Cop Out" bukanlah sebuah filem yang teruk, cuma ianya agak sederhana. Namun jangan risau, tak rugi jika duit anda dibelanjakan untuk filem ini kerana anda masih akan terhibur dengan lawak jenaka, aksi dan barisan pelakon yang mantap!

, , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook