Pelakon wanita Lisa Surihani mula berkecimpung dalam dunia perfileman pada tahun 2007 menerusi filem arahan Bernard Chauly, "Goodbye Boys". Pernah memenangi anugerah Pelakon Harapan Wanita di Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM21) pada tahun 2008 menerusi filem "I'm Not Single", Lisa pernah beberapa kali dikritik dek kerana lakonannya dikatakan agak 'kayu'.
Pada tahun 2010, peminat dikejutkan dengan lakonan Lisa melalui filem "V3: Samseng Jalanan", di mana Lisa diberi peluang membawa watak antagonis. Melalui watak Kamsah, peminat berpeluang menyaksikan Lisa menjadi 'jahat', berbeza dengan watak-watak ringan yang pernah diberi kepadanya sebelum ini. Selepas penayangan "V3" pada Mac lalu, kini Lisa kembali ke genre romantik komedi di mana Lisa bergandingan dengan 'hero'nya, Farid Kamil melalui filem arahan Ahmad Idham, "Semerah Cinta Stilleto", yang bakal ditayangkan di pawagam pada 8 April nanti.
TUPAI bertemu dengan Lisa selepas majlis pra-tonton "Semerah Cinta Stilleto" pada 23 Mac 2010, hari yang sama Lisa menginjak usia 24 tahun.
Pada tahun 2010, peminat dikejutkan dengan lakonan Lisa melalui filem "V3: Samseng Jalanan", di mana Lisa diberi peluang membawa watak antagonis. Melalui watak Kamsah, peminat berpeluang menyaksikan Lisa menjadi 'jahat', berbeza dengan watak-watak ringan yang pernah diberi kepadanya sebelum ini. Selepas penayangan "V3" pada Mac lalu, kini Lisa kembali ke genre romantik komedi di mana Lisa bergandingan dengan 'hero'nya, Farid Kamil melalui filem arahan Ahmad Idham, "Semerah Cinta Stilleto", yang bakal ditayangkan di pawagam pada 8 April nanti.
TUPAI bertemu dengan Lisa selepas majlis pra-tonton "Semerah Cinta Stilleto" pada 23 Mac 2010, hari yang sama Lisa menginjak usia 24 tahun.
Pertama kali TUPAI ingin ucapkan selamat hari jadi kepada Lisa! Apa harapan Lisa sempena ulang tahun kali ini?
Terima kasih! Alhamdulillah, saya sentiasa bersyukur dengan apa yang berlaku dalam hidup saya selama ini. Sudah pasti saya akan berdoa yang terbaik untuk diri saya, keluarga dan rakan-rakan. Semoga rezeki akan lebih murah. Kalau nak berdoa pasal jodoh, mungkin belum lagi kot! (ketawa)
Ada pengalaman yang menarik setiap kali menyambut hari jadi Lisa?
Tahun ini Lisa dapat hadiah sebuah Macbook daripada teman baik Lisa. Tapi itu hadiah dari segi kebendaan. Bagi saya, setiap hari jadi sangat bermakna kerana keluarga saya bersama-sama teman rapat berusaha untuk memberi kejutan kepada saya. Setiap tahun, tanpa gagal! Tidak kiralah jika ada big party atau tidak, mesti ada kejutan. Pengalaman meraikan hari jadi setiap tahun sentiasa bermakna dalam hidup saya. Cuma tahun lepas saya tak dapat raikan bersama sebab ada penggambaran. Pernah ketika menyambung pengajian di United Kingdom, saya sedih kerana tak dapat raikan hari jadi bersama keluarga. Jadi saya berhubung dengan mak melalui Skype. Apabila jam 12 malam, tiba-tiba semua ahli keluarga menyanyikan lagu Happy Birthday. Rasa terharu sangat waktu itu. Apa yang pasti, I have to be with my family kalau boleh. Tak perlu adakan parti besar-besaran. Cukuplah sekadar makan malam bersama keluarga.
Kejutan buat Lisa daripada Farid Kamil dan MetrowealthOkay, berbalik kepada filem "Semerah Cinta Stilleto". Boleh ceritakan watak Lisa dalam filem ini?
Dalam "Semerah Cinta Stilleto", saya memegang watak Siti Laila atau ibu bapanya lebih gemar memanggilnya dengan nama Stila kerana nampak lebih moden. Stila adalah anak tunggal dan dilahirkan dalam keluarga yang kaya. Walaubagaimanapun, Stila bukanlah jenis yang bongkak sebaliknya dia rasa bersyukur dengan keadaannya itu. Ibu bapa Stila adalah seorang yang berfikiran terbuka, tidak kisah kalau Stila mahu keluar dengan mana-mana lelaki. Namun Stila lebih bersikap konservatif. Jadi terdapat perbezaan pendapat antara Stila dan ibu bapanya. Satu hari Stila bertemu Leto (Farid Kamil), seorang pemuda yang nyata berbeza daripadanya. Leto datang daripada keluarga yang sederhana, tetapi dia nampak lebih bahagia. Stila merasakan dia menemui kebahagiaan menerusi Leto. Namun kebahagiaan tersebut tidak berpanjangan apabila ibu bapa Stila menentang hubungan mereka.
Tidak sama sekali. Saya tidak dilahirkan dalam keluarga yang kaya. Saya mula berlakon iklan ketika saya berusia 11 tahun sebab saya nak dapatkan duit dengan hasil titik peluh saya sendiri. Melalui itu, saya mampu membayar yuran kursus A Level saya sendiri. Saya rasa satu-satunya persamaan diri saya dengan Stila adalah kami berdua seorang yang agak manja.
Apakah cabaran yang Lisa harus lalui apabila memainkan watak Stila?
Antara cabaran yang perlu dilalui adalah bagaimana untuk menunjukkan kepada penonton agar dapat melihat atau memahami apa yang berada dalam fikiran Stila. Bagaimana Stila perlu 'berperang' dengan diri sendiri, dengan keluarga yang berfikiran terbuka serta menunjukkan Stila seolah-olah nampak keliru. Itu memerlukan usaha lebih. Saya masih tidak berpuas hati dengan kerja lakonan saya. In fact, saya tidak pernah berpuas hati dengan kerja saya. Saya amalkan sikap tidak puas itu sebagai satu prinsip dalam hidup saya. Saya pernah dikritik sebelum ini. Oleh itu saya rasa sikap tidak puas hati terhadap kerja saya adalah satu dorongan terbaik kerana peminat boleh lihat ada peningkatan atau tidak.
Lisa pernah digosip bercinta dengan Farid. Apa komen Lisa?
Lisa pernah digosip bercinta dengan Farid. Apa komen Lisa?
Lisa sudah beberapa kali digandingkan dengan Farid dalam filem seperti "I'm Not Single", "V3", "Semerah Cinta Stilleto" dan juga akan datang "Lagenda Budak Setan". Malah kami juga pernah berlakon bersama dalam drama TV "Tiga Janda" dan "Mertua VS Menantu" musim kedua. Kami memang kawan baik, sama-sama ambil berat akan diri masing-masing sehinggalah digosipkan bersama. Namun kami bukanlah bercinta.
Lisa & Farid: Pasangan serasi
Pada tahun 2010, Lisa muncul dengan tujuh buah filem di mana lima daripadanya masih menanti waktu tayangannya. Apa komen Lisa jika dilabelkan sebagai Ratu Filem 2010?
Aduh! Segan lah! Saya hormati pandangan orang ramai, tetapi pada masa yang sama saya terasa rendah diri dan segan dengan label tersebut. Saya cuma menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang pelakon. Saya harap prestasi lakonan saya akan meningkat. Oleh itu saya betul-betul hargai apabila peminat dapat memberi komen mengenai lakonan saya.
Sebelum mengakhiri temu bual ini, apakah perancangan Lisa untuk masa depan?
Itu tidak pasti. Kalau boleh memanglah saya ingin mengembangkan lagi sayap dalam industri hiburan ini. Saya juga rindukan dunia pengacaraan. Walaubagaimanapun saya tak nak buat dua tiga kerja pasa masa yang sama sebab takut tidak boleh beri tumpuan. Saya harap dapat jadi macam kak Erra Fazira. Dia sangat berbakat. Saya juga ada niat untuk menyambung pengajian. Namun seperti yang saya beritahu, saya ingin memberi tumpuan terhadap kerjaya dulu. InsyaAllah jika berpeluang dan ada rezeki, akan saya sambung.
"Semerah Cinta Stilleto" akan ditayangkan di pawagam pada 8 April 2010!

