Kejutan untuk Lisa Surihani!

Posted by TUPAI



24 Mac - Pelakon wanita Lisa Surihani dikejutkan dengan sebiji kek sempena hari kelahirannya yang ke-24 ketika majlis makan tengahari selepas tamat tayangan filem terbarunya "Semerah Cinta Stilleto" untuk para media kelmarin.

Lisa yang tidak sangka dengan kejutan yang dibuat oleh 'pasangannya' Farid Kamil itu berharap agar rezekinya bertambah murah dan berdoa segala yang terbaik untuk dirinya dan keluarga tercinta. Mendapat hadiah sebuah Macbook Pro daripada seorang teman baik, Lisa tetap merasakan setiap hari lahirnya sangat bermakna kerana ahli keluarganya tidak pernah melupakan untuk memberi kejutan kepadanya dan menganggap penting untuk dirinya bersama-sama mereka kecuali jika keadaan tidak mengizinkan.
Gelagat mesra antara Lisa dan Farid

Namun di saat-saat gembira menyambut hari lahirnya, Lisa tetap tidak dapat melupakan kenangan bersama arwah ayah tercinta. Bagi Lisa, kenangan paling manis bersama ayahnya atau daddy adalah ketika hari lahirnya yang ke-16.


"Ayah telah memberikan saya satu CD lagu yang mengandungi lagu-lagu berkisahkan kasih sayang seorang ayah kepada anaknya," kata Lisa yang tidak dapat menyembunyi perasaan sedih ketika mengingati memori manis bersama daddy.

Lisa yang kelihatan mesra bersama Farid sempat menepis gosip kononnya mereka bercinta, sebaliknya memberitahu bahawa dia dan Farid adalah teman baik kerana sudah berlakon bersama dalam beberapa buah filem sebelum ini.

"Semerah Cinta Stilleto", sebuah kisah cinta antara dua darjat versi moden ini menampilkan Lisa dan Farid sebagai pelakon utama - Stila dan Leto. Filem romantik komedi arahan Ahmad Idham ini turut dibarisi pelakon Shaharuddin Thamby, Cat Farish, Nanu Baharudin, Maimon Mutalib dan Dato' Jamali Shadat.

Nantikan ulasan filem ini dan temu ramah bersama Lisa Surihani di laman web TUPAI.


"Semerah Cinta Stilleto" akan ditayangkan pada 8 April 2010!

, , , , , , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook