Johnny Depp (kiri) bersama Helena Bonham-Carter dan Tim Burton
Well, itulah yang diberitahu oleh teman baik Johnny Depp, pelakon Helena Bonjam-Carter. Pada yang tak tahu, Helena pernah berlakon bersama Johnny melalui filem "Sweeney Todd" dan terbaru "Alice In Wonderland". Mungkin bagi peminat di luar sana, Johnny Depp adalah seorang pelakon hebat. Tapi nampaknya Helena telah membongkar kelemahan Johnny - dia tidak tahu menari!
"Tarian funderwhack dalam 'Alice In Wonderland' menampakkan Johnny seolah-olah pandai menari, tapi sebenarnya tidak. Dia boleh lakukan apa saja kecuali menari. Kelemahannya berjaya disembunyikan, bukan?" kata Helena.
"Dalam 'Sweeney Todd', kami sepatutnya menari di penghujung filem. Tetapi disebabkan Johnny tak boleh menari, maka kami diletakkan atas mesin berpusing."
Nona Andika: Takpe kalau dia tak pandai menari. Asalkan lakonannya hebat dan dia hot!


