UPDATE: Din Beramboi kritikal

Posted by Nona Andika

Begitulah yang dilaporkan oleh satu portal hiburan popular tempatan. Menurut portal tersebut, penyampai radio Era FM dan pelawak terkenal ini berada di dalam hospital. Namun penyakitnya belum disahkan lagi dan Din Beramboi (kanan) masih diperiksa oleh doktor.

Din dikatakan telah mengadu kepada pengurus Era FM, Nazri Noran pada Rabu lalu (24 Mac 2010) bahawa badannya terasa sakit. Malah Din turut memberitahu isterinya juga sedang demam. Oleh kerana keadaannya semakin serius, Din terpaksa ditahan di wad untuk rawatan lanjut.

Dengar cerita, doktor terpaksa menidurkan Din kerana beliau dikatakan tidak dapat melelapkan mata selama tiga malam.


UPDATE: Menurut sumber, Din berada dalam keadaan kritikal dan dimasukkan ke wad ICU setelah dijangkiti oleh air kencing tikus ketika menjalani penggambaran di zoo. Belia dikatakan berada dalam keadaan koma. Sama-samalah kita berdoa agar Din akan pulih seperti sediakala.

, | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook