CUCI THE MUSICAL kembali!

Posted by TUPAI


(Kredit gambar: The Star)

31 Mac
- Selepas kejayaan "Cuci The Musical" yang dipentaskan di Istana Budaya tahun lalu, kini pelakon Hans Isaac bersama-sama pengarah teater Dato' Zahim Albakri dan pelawak terkenal Harith Iskander akan kembali untuk musim kedua yang bakal diadakan pada 27 Julai hingga 10 Ogos nanti.

Malah menurut Hans ketika sidang media yang berlangsung di Istana Budaya baru-baru ini, disebabkan sambutan yang cukup menakjubkan, mereka telah dijemput untuk membuat persembahan di Esplanade, Singapura sekitar bulan Oktober akan datang selepas tamat persembahan di Kuala Lumpur.

"Cuci The Musical" musim kedua kali ini bakal menampilkan dua muka baru iaitu Nabil (Raja Lawak) dan penyanyi Jaclyn Victor. Nabil akan memainkan watak C'Tan yang dahulunya dipegang oleh AC Mizal, manakala Jaclyn pula diberi watak Farah yang dilakonkan oleh Adibah Noor sebelum ini.

Selain perubahan barisan pelakon, penonton juga dijangka bakal menyaksikan perubahan dari segi muzik, koreografi dan juga elemen komedi. Namun Hans memberitahu, "jalan cerita dan mesej teater tersebut, iaitu nilai-nilai kekeluargaan akan dikekalkan.

Kepada peminat yang berminat untuk membeli soundtrack yang telah dirakam secara 'live' ketika persembahan sebelum ini boleh dapatkannya melalui online di laman Facebook produksi "Cuci The Musical" www.facebook.com/cucithemusical pada harga RM39.00


Tiket untuk "Cuci The Musical" musim kedua ini boleh didapati di www.ticket2U.biz






, , , , , , , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook