AIR MATA SEORANG ANAK: Syamsul terharu dengan sokongan bapa

Posted by TUPAI

Oleh: Ezekiel Lee Zhiang Yang


9 Mac - Segagah mana pun seorang lelaki, pasti ada sedikit emosi lembut dalam dirinya. Inilah yang berlaku ke atas Syamsul Yusof, anak lelaki kepada seorang pengarah dan penerbit terkenal Datuk Yusof Haslam. Wajahnya selalu kelihatan serius, namun pada malam majlis pra-tonton filem terbaru arahannya, "Evolusi KL Drift 2", Syamsul tewas juga apabil hampir menitiskan air mata selepas mendengan kata-kata perangsang daripada bapa tercinta.

Ketika tampil berucap sebelum tayangan filem bermula, Syamsul tidak puas memanjatkan rasa syukurnya atas segala sokongan bapanya terhadap usaha dan kerja kerasnya yang dilakukannya selama ini, lebih-lebih lagi filem pertamanya "Evolusi KL Drift" yang ditayangkan pada tahun 2008 berjaya mendapat kutipan hampir sebanyak RM4.5 juta di Malaysia.
Sebelum itu, bapanya memberitahu, "Anak saya telah berjanji di hadapan ibunya bahawa dia akan mengarah tiga buah filem tahun ini. Jadi dia perlu kotakan janjinya itu! Bulan Jun nanti, Syamsul bakal berusia 27 tahun dan jika Ahmad Idham boleh mengarah banyak filem setiap tahun, pasti orang muda seperti anak saya boleh lakukan perkara yang sama.

Scha Al-Yahya (kanan) bersama-sama Datuk Yusof Haslam dan isteri.

Datuk Yusof sempat bergurau, "Untuk filem ini, dia memberitahu saya 'Papa, bajet untuk sekuel ini sama seperti filem terdahulu... tetapi seperti biasalah Syamsul tetap terbabas! Namun kami percaya kami mempunyai satu produk bagus yang akan mendapat perhatian di kalangan penonton tempatan seperti filem kami sebelum ini. Tuhan saja tahu berapa buah kereta kami telah jahanamkan semata-mata untuk membuat filem ini. Oleh itu anda semua mesti menontonnya!"

"Evolusi KL Drift 2" akan ditayangkan di 73 buah pawagam di Malaysia. Malah penonton di Brunei dan Singapura juga bakal berpeluang menonton filem yang menelan belanja sebanyak RM2.5 juta ini. Sekuel terbaru ini menggandingkan barisan pelakon popular seperti Aaron Aziz, Shaheizy Sam, Farid Kamil, Remy Ishak dan Scha Al-Yahya.

Kepada peminat yang ingin bertemu para pelakon, satu karnival "Evolusi KL Drift 2" akan diadakan di Dataran Merdeka pada 20 Mac ini bermula jam 2 petang.

Filem terakhir daripada Syamsul adalah "Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam" yang ditayangkan pada bulan April 2009. Syamsul baru sahaja menamatkan penggambaran filem seram pertamanya, "Khurafat", yang dilakonkan bersama-sama Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-22, Liyana Jasmay.


"Evolusi KL Drift 2" akan ditayangkan di pawagam pada 25 Mac 2010!

, , , , , , , , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook