AIM 17 Dominasi Bintang Indie!

Posted by Chen-Chen

Pencalonan untuk anugerah paling berprestige Anugerah Industri Muzik ke-17 sudah pun dimaklumkan dengan sebanyak 925 pencalonan kesemuanya. Pencalonan yang di dominasi oleh pemuzik bebas antaranya diterajui dengan bakat-bakat indie seperti Hujan, Bunkface, Yuna, Altimet & Prema Yin.

Yuna yang kini berada L.A telah berjaya mengkukuhkan 4 pencalonan menerusi lagu "Dan Sebenarnya" & juga Lagu Inggeris Tempatan Terbaik menerusi lagu "Deeper Conversation" dari album sulungnya, "Dan Sebenarnya". Pun begitu, Yuna juga tidak terlepas untuk bersaing bersama Dato' Siti Nurhaliza untuk Anugerah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu(Wanita).

Selain Yuna, bakat baru Prema Yin juga turut dicalon dalam 4 kategori menerusi album EP sulungnya "Eyo Eyo", sesuatu yang sangat surprise ujar Prema yang turut tercalon untuk kategori Anugerah Artis Baru Terbaik.

Selain itu, Superman Malaysia kita Faizal Tahir tidak terlepas untuk mencalonkan album terbarunya "Adrenalin" bagi kategori Anugerah Album Rock Terbaik selain menggempakkan lagi kategori Anugerah  Lagu Rock Terbaik menerusi lagu "Bencinta" dari album pertamanya, "Aku.Muzik.Kamu".

Manakala pengkukuh tetap pencalonan Anugerah Vokal Terbaik Di Dalam Lagu(Wanita) Dato' Siti Nurhaliza tercalon bagi 2 kategori yang turut bersama rakan seberangnya Kris Dayanti untuk kategori Anugerah  Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik menerusi album kolaborasi "CTKD".
Chen-chen: sama-sama kita nantikan di hari kemenangan :)




Yuna, Prema Yin & Faizal Tahir

, , , , , , , , , , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook