ADRENALIN FAIZAL TAHIR!

Posted by Chen-Chen



Kalau kita sebut saja Superman Malaysia, hanya ada satu 1 wajah yang akan terpampang di minda y'all iaitu Faizal Tahir. So apa cerita dengan Abang Superman kita nih?

Well, Faizal Tahir kita ni telah pun me-release-kan album keduanya di bawah naungan Monkey Bone Records yang bertajuk "ADRENALIN" pada 11 Mac 2010 yang lepas.

Apa yang sangat special tentang album terbarunya "ADRENALIN" ini is that, album yang memuatkan 9 track hebat ini di-release-kan dengan 2 cover album yang berlainan.

Bukan itu saja, malah seribu pembeli pertama yang bertuah akan mendapat setem eksklusif edisi terhad "1Malaysia Setemku" Faizal Tahir. Hanya 2 bulan yang lepas Faizal telah pun melancarkan album terbarunya ini secara digital yang boleh dimuat turun kepada penguna-penguna Maxis & Digi.                                             

Chen-chen: tak sabar nak beli yang original!.....
(gambar2 hiasan dari facebook fanpage Faizal Tahir)

, , , , , , , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook